Sunday 13 April 2014

Pes Mee Goreng Mamak

Salin dan tampal dari fb. Boleh simpan, nanti nak buat. Encik suami suka makan mee goreng mamak.

Pes mee goreng ala mamak... pes ni saya buat banyak dan boleh disimpan dlm peti..kat kampung saya ada satu kedai tiap kali beli mee goreng tiap kali tu la sayaminta sambal extra..sambal tu toke tu letak dlm mee goreng dia..mee kari, cicah cucur dll... dr situ la saya teliti dan rasa apa bahan2 yang dia masukkan..so yang ni lebih kurangla insyaallah sedap..
resepinya
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak
cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering
dan pecah minyak..masukkan kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, gula..tumis lagi
sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap..
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye
takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..
resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye
resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor
isi ayam dipotong dadu dan sotong
caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis


No comments:

Post a Comment